fbpx

“Berlakon Bukan Sekadar Hafal Skrip Tapi Memahami”

Berjaya melakonkan watak Juweta dalam drama Takdir Yang Tertulis sehingga memberi impak besar kepada penonton, ramai memuji lakonan pelakon berbakat besar, Nad Zainal.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon berusia 31 tahun itu berkongsikan ‘rahsia’ bagaimana watak yang dibawa berjaya sehingga berjaya mengundang emosi penonton.

BACA: “Saya Bukan Pelakon Pilihan Pertama Takdir Yang Tertulis”

Menurut Nad, pelakon perlu menjiwai serta memahami watak yang diberi dan bukan sekadar menghafal dialog. Jika sekadar menghafal skrip pasti watak itu tidak berjaya dibawa.

“Guru saya kata, berlakon bukan sekadar menghafal tetapi memahami, hormat rakan lakon. Dengar butir dialog mereka dengan tekun barulah emosi itu lahir. Jangan menipu penonton,” tulisnya.

Perkongsian Nad itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang memuji lakonannya dalam setiap drama.

Terdahulu, Nad mendedahkan watak Juweta dan Ruhila bukanlah miliknya dan Elvina Mohamad. Malah, mereka berdua merupakan pilihan terakhir bagi melakonkan watak tersebut.