fbpx

Berjauhan Dengan Anak, Faye Kusairi Tak Tertanggung Menahan Rindu

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai yang terkesan dengan pelaksanaan oleh kerajaan itu bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19. Lebih sedih apabila tidak dapat berjumpa dengan mereka yang tersayang.

Terpaksa berjauhan dengan anak yang kini berada di Miri, Sarawak bersama ahli keluarganya, Faye Kusairi hanya dapat mampu menatap gambar dan video anaknya, Alif sebagai pengubat rindu.

BACA: Faye Kusairi Selamat Timang Anak Sulung

Menerusi perkongsian di Instagram, Faye meluahkan rasa sedih kerana melihat anak di skrin telefon tidak akan sama kerana dia terlepas untuk melihat anaknya membesar di depan mata.

“Hari hari Mommy video call Alif takkan sama dengan masa Mommy terlepas dengan Alif membesar. Mommy tau Alif is in great hands with Ann & Atok in Miri, but Mommy also know that you miss me and Ayah too,” tulisnya.

Dalam pada itu, Faye berkata dia tidak dapat menahan menanggung rindu dan menunggu untuk bertemu anaknya sangat menyeksakan.

Bagaimanapun, Faye berkata dia yakin Alif dijaga dengan baik oleh ahli keluarganya demi memastikan keselamatan dan kesihatan anaknya.