fbpx

Faye Kusairi Selamat Timang Anak Sulung

Tahniah diucapkan kepada Faye Kusairi dan suami yang selamat timang anak sulung pertama mereka Isnin lalu. Lebih manis lagi apabila cahaya mata mereka itu lahir pada hari cukup istimewa, hari ulangtahun perkahwinan pertama mereka.

BACA: Faye Iskandar Alami Komplikasi Hamil

“Semua ini suatu keindahan yang tidak terduga. Bukan saja meraikan ulang tahun perkahwinan pertama, saya dapat pula cahaya mata sulung. Saya tak sangka anak ini hadir pada pada hari kami genap setahun berkahwin”

Bayi comel seberat tiga kilogram yang dilahirkan secara normal itu, diberikan nama yang cukup ringkas, Alif. Nama tersebut dipilih sebagai simbol huruf pertama dalam bahasa Jawi.

“Jika ikut perkiraan, anak kami lahir lebih awal iaitu pada 7 April lalu. Begitu besar kuasa Tuhan. Kami beri nama ringkas, Alif. Bagi kami ia sangat bermakna kerana ia adalah huruf jawi pertama,” jelasnya.

Bertambah meriahlah kehidupan pasangan ini selepas ini dengan kehadiran cahaya mata. Semoga bayi ini dapat memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada Faye dan suami di masa depan. Tahniah sekali lagi! (rtky/w)