Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Nadia Brian apabila dia memaklumkan ditawarkan berlakon drama di Hollywood. Namun, tawaran itu ditolak kerana perlu melakonkan adegan berbogel.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nadia meluahkan rasa kurang senang apabila masih ada segelintir individu yang sering memperlekehkan kualiti pelakon tempatan.

BACA: Nadia Brian Belajar Mengaji Muqaddam Semula

Nadia turut meminta orang ramai berhenti melabel artis Malaysia dengan gelaran ‘sampah’ hanya kerana tidak melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa.

Ujarnya, bukan kerana pelakon tempatan tidak berkaliber, namun sama juga seperti dirinya ditawarkan berlakon di Hollywood namun terpaksa menolak kerana ada babak yang tidak boleh dilakonkan.

“Semudah ini. Sebab itu saya marah kalau orang cakap pelakon di Malaysia hanya sampai situ sahaja. Hello, ada juga pelakon Malaysia dapat tawaran daripada Hollywood tetapi kami tak boleh buat atas sebab-sebab (adegan panas) macam itu la,” tulisnya.

Bagaimanapun, Nadia tidak menyalahkan produksi Hollywood kerana babak panas merupakan satu kebiasaan di sana dan dia percaya dengan rezeki Allah selepas menolak tawaran berkenaan.

“Tidak mengapa, saya faham sebab itulah pasaran filem dan drama di Hollywood . Bercium dan berbogel itu semua normal di sana malah dalam Netflix juga ada semua babak sebegitu.

“Saya percaya dengan rezeki Allah SWT. Jadi, mulai sekarang sudah boleh berhenti gelar artis Malaysia dengan gelaran ‘sampah’ atau ‘artis Malaysia tidak ke mana’,” katanya.