“Berdiri Sebelah Lelaki Lain Pun Dah Rasa Janggal”

Pelakon Syatilla Melvin berkata dia ada menerima tawaran berlakon dalam beberapa tahun ini namun terpaksa menolak kerana hatinya belum terbuka lagi.

Memetik HibGlam, Syatilla berkata dia tiada rasa rindu untuk kembali berlakon kerana fokusnya kini adalah pada keluarga.

BACA: Syatilla Terharu Shaheizy Sam Bantu Jaga Bapa Mentua Sakit

“Sebenarnya banyak yang tawarkan drama berepisod tetapi saya belum ada rasa nak kembali berlakon. Keinginan dan rasa betul-betul rindu itu tiada. Kalau nak berlakon buat masa sekarang, memang belum lagi. Buat masa sekarang, kehidupan saya lebih fokus kepada keluarga terutama anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Syatilla berkata beberapa watak yang ditawarkan antara sebab mengapa dia menolak dan antara yang paling dijaga babak melibatkan sentuhan terutama dengan pelakon lelaki.

“Saya memang tak akan lakukan babak yang sentuh-sentuh. Nak berlakon rapat-rapat atau duduk sebelah lelaki lain pun rasa macam malu sekarang ini.

“Kalau dahulu mungkin macam okey lagi tetapi sekarang walaupun hanya berdiri sebelah lelaki lain pun sudah rasa macam janggal.

“Jadi, untuk elak orang lain pula rasa tidak selesa, lebih baik saya tidak aktif buat masa ini. Cuma kalau sudah tiba waktunya nanti, insya-Allah akan berlakon semula,” katanya.

Sumber: HibGlam

×