Pelakon Syatilla Melvin terharu dengan sikap prihatin suaminya, aktor Shaheizy Sam menjaga bapanya yang menghidap kanser darah dan komplikasi jantung.
Memetik Harian Metro, Syatilla berkata bapanya kini dalam keadaan lemah dan Sam banyak membantu menguruskan kerana mereka tiada adik beradik lelaki.
BACA: “Dia Silap, Bonding Kami Terlalu Kuat” – Syatilla Melvin, Adik Beradik Tak Akan Berdiam Isu Syida
“Keadaan ayah saya ketika ini memang tidak sihat dan lemah. Kalau hendak papah, angkat atau pegang ayah untuk bergerak memang saya perlukan bantuan tenaga lelaki dan Alhamdullillah, Sam sentiasa ada untuk melakukannya.
“Dia (Sam) sangat membantu sebab dalam adik-beradik kami pun tiada lelaki. Jadi, kehadiran suami saya, Sam sangat diharapkan dalam menguruskan bapa saya yang sakit.
Kalau macam ayah nak pergi ke mana-mana atau ingin keluar ambil angin, kudrat lelaki macam Sam amat membantu. Apa pun, mohon doakan yang baik-baik untuk ayah saya,” katanya.
Sementara itu, Syatilla berkata bapanya Amirol Melvin Abdullah kini berusia 80 tahun mula jatuh sakit disebabkan menghidap kanser darah atau leukemia, kemudian mula merebak ke organ lain.
“Sekarang, jantung ayah saya pun semakin lemah dan tahap fungsinya ketika ini hanya 27 peratus. Selain itu, buah pinggang juga sudah lemah dan memang banyak benda lain berkait-kait.
“Namun, keadaan ayah ketika ini stabil dan saya bersama adik-beradik menjaganya secara bergilir-gilir. Seminggu ayah di rumah saya dan seterusnya ke kediaman anak-anak yang lain,” katanya.
Sumber: Harian Metro