fbpx

Bengang Dicaci & Dihina, Lana Nodin Tunjuk Bukti Dah Sampai AS

Menerusi satu perkongsian di Instagram semalam, pelakon Lana Nodin memuat naik video mereka sekeluarga sudah selamat tiba di Amerika Syarikat.

Menurut Lana, dia memuat naik video tersebut sebagai bukti buat netizen yang mengecam dirinya tidak akan berjaya menaiki pesawat gara-gara belum divaksin.

BACA: “Saya Ada Sebab Tak Nak Vaksin, Tiada Siapa Boleh Paksa”

“Ni video khas aku buat untuk yang selalu menghina dan masih mencaci dan suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya. Ada yang kata oh dia tak lepas airport apa lagi berjaya ke nak balik USA.

“Menghina bahkan ada yang lebih tau pasal USA dari negara yang selalu aku keluar masuk dan negara asal suami aku sendiri. Okay ini video khas untuk korang, jangan DM aku tanya itu ini, hanya tengok dan nilai sendiri!

“Korang yang di Facebook dan portal yang sibuk mengata aku, sibuk suruh aku balik USA siap halau aku dari negara aku sendiri.. Okay ini aku balik!” tulisnya.

Dalam pada itu, Lana juga berkata dia pulang ke Amerika Syarikat dengan cara yang betul dan turut mengatakan tiada ‘kabel’ sehingga boleh sampai ke AS.

“Dari aku apply MTP, buat dokumen yang sah mengikut undang-undang Malaysia dan bertolak ke airport KLIA sampai ke USA, Alhamdullilah perjalanan aku sangat di permudahkan,tiada sebarang diskriminasi atau apa2 masalah!

“Tiada sebarang cable,ni semua kabel Allah SWT dan bile Allah kata kun fa yakun, jadilah ia…siapa kita nak pertikaikan rezeki, ajal dan apa2 pun dari DIA?

“Jadi jangan nak sesuka hati nak jadi polis pencen ke, wartawan ke atau doktor yg korang sekarang dok buat di social media sedangkan korang tak tau mana yang sahih dan mana yang RUMORS!