fbpx

Ben Amir Akui Alami Atelophobia, Takut Gagal & Ketidaksempurnaan

Meskipun luaran dilihat sama seperti orang lain, pelakon Ben Amir mengakui dia mengalami Atelophobia. Perkara itu didedahkannya menerusi satu gambar hitam putih dimuat naik di Instagram dengan kapsyen Atelophobia.

Atelophobia adalah sejenis fobia di mana seseorang individu itu menunjukkan rasa takut yang ekstrem jika gagal untuk mencapai kesempurnaan dalam setiap tindakan.

BACA: Keluar Makan Berdua, Ben Amir & Daiyan Trisha Bercinta?

Penghidap fobia ini kebiasaannya mengalami stress yang agak teruk terhadap apa yang mereka katakan atau lakukan. Ia juga boleh membuatkan seseorang menjadi tidak yakin atau rendah diri dengan keadaan sekeliling.

Diruangan komen perkongsian itu, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata positif dan semangat buat pelakon itu. Kata netizen lagi, tiada siapa yang sempurna dan setiap dari kita ada kekurangan tersendiri.

Mula berlakon dalam filem pada 2015 menerusi filem Romeo Kota, nama Ben Amir mula meningkat naik pada pada tahun 2016, yang mana beliau berlakon sebagai Dr. Muslim atau Mus dalam drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin.