fbpx

Keluar Makan Berdua, Ben Amir & Daiyan Trisha Bercinta?

Dilihat berdua-duaan menikmati sarapan pagi bersama di sebuah kafe sekitar Damansara, foto penyanyi Daiyan Trisha bersama aktor kacak Ben Amir menjadi bualan ramai.

Memetik laporan Miss K dari Gempak, gambar tersebut dikirim oleh seorang peminat yang secara kebetulan melihat kelibat kedua pelakon itu di kafe tersebut, Menerusi foto itu, jelas kelihatan Daiyan duduk semeja dengan pelakon kacak berkenaan.

BACA: Ben Amir Harap Bakal Suami Mira Filzah Izin Berlakon

Malah, Daiyan dan Ben juga turut memuat naik gambar makanan dengan kapsyen seakan bertentangan. Difahamkan, kedua-dua mereka juga telah mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Bagaimanapun, sehingga kini status hubungan mereka masih belum diketahui kerana tiada kenyataan balas yang dikeluarkan oleh Ben mahupun Daiyan setakat ini.

Apa pun mungkin Ben dan Daiyan bertemu atas urusan kerja. Jika mereka berkawan pun tiada salahnya kerana kedua-duanya masih belum solo. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Ben dan Daiyan.