Bekas Teman Lelaki Hanez Suraya Sah Bercerai Talak Satu
Kisah cinta pasangan Hanez Suraya dan lelaki bernama Romie ini mendapat perhatian meluas dari pihak media dan peminat dunia hiburan sepanjang tahun 2014 dan kisah mereka berakhir awal November lalu apabila mengakui hubungan sudah pun terputus.
BACA: Hanez Suraya Akui Tidak Lagi Bersama Romie, Buka Lembaran Baru
Namun kemelut rumahtangga Romie yang dikatakan berpunca dari Hanez Suraya tersimpul hari ini apabila Romie Razin Adilha Abd Jais dengan isterinya, Nur Liyana Manan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, sebentar tadi.
Lafaz cerai dilakukan Romie dihadapan Hakim Syarie Azmi Aziz selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai oleh Nur Liyana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
BACA: Dakwa Kenyataan Fitnah, Hanez Suraya Tuntut Isteri Romie Mohon Maaf
Mahkamah juga merekodkan perjanjian diantara Nur Liyana selaku plaintif & Romie (defendan) iaitu defendan perlu membayar nafkah edah sebanyak RM5,000 selama tiga bulan dan akan dibayar pada akhir tempoh edah, selain itu plaintif tidak akan menuntut mutaah dari Romie. (rtky/m)
kenapa tak tuntut mutaah? lelaki mcm ni memang patut di peras habis2 lepas apa yg dia buat. ni makin seronok lah dia lepas tgn, berjoli sana sini dgn duit yg dulunya kak Liyana yg tolong. buaya darat lupa daratan.
JANGAN JADI BATU API DLM HIDUP ORG LAIN
DIAM JE KERANA ESOK2 MUNGKIN HARI KITA…
PEACE NO WAR!!!
LINEEEE CLEARRRRR….make us proud Romie..
Emmmmm life goes on
OK Hanez, he’s all yrs …… kawin jgn tak kawin. U’ve earned what u’ve deserved selepas bersusah payah kau nak dapat dia. After that tak payah terhegeh2 nak minta kerja jadi pelakon balik. Selamat pengantin baru!!!!
Hamez, kalau kau nak kawin dgn beruang ni, aku sokong 100% tapi kalau kau nak minta sokong berlakon balik, aku tetap pangkah kau. Sorry no cure.
dah takdir berpisah juga akhirnya…tak dapat bertahan lagi walau pun dimeterai satu perkahwinan atas dasar cinta. Mungkin tempat yang kedua pulak untuk hanez, yang sama2 menglamun cinta mencintai sebelum ni.
media nye citer.hakikat kite xtahu hal sebenar.tp nyampah tengok mamat nie.padan muka ko!!!
ala, lepas ni kalau si hampas surayot tu bertidung litup ala2 suci bagai ramai lah yg suka & memuji mcm kes si memey perampas laki abby tu…., lps tu dia org lupa lah pasal kes rampas merampas laki ni… sbb manusia ni mudah tertipu dgn gambaran luaran…..
Kak Liyana… saya harap akak banyak bersabar. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Lepas nie akak tak perlulah nak pendam perasaan kerana tak disayangi suami lagi. Akak mulakan hidup baru, jaga zuriat akak sebaik-baiknya. Biarlah balasan baik buruk atas perlakuan bekas suami akak dibalas Allah. Saya doakan semoga akak akan berjumpa dengan lelaki yang jauh lebih baik daripada bekas suami akak ….semoga tabah…
kalau dah jodoh tak kemana
Elok la lepaskan kalau dah tak suka. Nanti, yang muda dah tua nanti, cari lain lagi.
betol kalo dh jodoh xkemana..begitu gak kalluuuurr dah bodoh pun xkemana gak
saya stuju dgn orang atas – kedaionlinemy.com