Mungkin. Mungkin ini kisah terakhir tentang Hanez Suraya dan kekasihnya atau bekas kekasihnya Romie yang sudah menghiasi media sejak setahun yang lalu. Pelakon itu mengakui yang dirinya kini sudah tidak bersama dengan jejaka yang juga suami orang itu.

Ketika diminta mengulas hubungan cinta bersama Romie, Hanez Suraya menjelaskan yang beliau kini tidak lagi bersama Romie tetapi mereka masih berhubung sebagai kawan.

BACA: Masih Disenarai Hitam, Hanez Suraya Disingkir Terus Dari Produksi Telefilem?

“Saya anggap hubungan saya dengan dia tak ada jodoh. Tapi hubungan antara kami masih baik, tiada sebarang persengketaan yang terjadi. Saya sudah tidak mahu fikirkan. Jika selepas ini, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa,” jelas Hanez Suraya.

Seperti yang kita pernah dengar sebelum ini Hanez Suraya kini sedang mendalami ilmu selok belok perniagaan untuk jaminan masa hadapan selepas sedar kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini boleh menjejaskan rezeki dan peluang berlakon.

“Buat masa sekarang biar semua benda berlalu dahulu. Saya sendiri dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Apa yang terjadi, cukuplah. Biar saya buka lembaran baru selepas ini,” tambahnya lagi. (rtky/m)