fbpx

Zizie Ezette Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Tahniah diucapkan kepada Zizie Eizette dan suami, Datuk Bung Moktar Radin diatas kelahiran cahaya mata kedua mereka. Zizie berkongsikan berita gembira itu kepada para peminat di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Zizie memberitahu bayi perempuannya itu dilahirkan pada 12.06 petang tadi dengan berat 3.32 kilogram dan berada dalam keadaan sihat.

BACA:Zizie Ezette Umum Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

“Terima kasih Allah, ia sangat mudah daripada pengalaman sebelum ini. Alhamdilillah, terima kasih atas doa anda semua,” tulisnya.

Zizie dan Datuk Bung Moktar Radin mendirikan rumah tangga pada 2009. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata kembar lelaki yang lahir pada 29 Disember 2017. Pasangan ini juga turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette berusia setahun.