fbpx

Sharifah Sakinah Minta Penganjur Peka Dengan Waktu Solat

Umum mengetahui, baru-baru ini berlangsungnya acara fesyen terbesar iaitu Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW). Menerusi Intagram, pelakon Sharifah Sakinah meluahkan pendapatnya mengenai acara tersebut meminta pihak penganjur lebih peka dengan budaya dan agama orang lain.

Kata Sakinah lagi, dia mencadangkan kepada penganjur memberi waktu rehat sesuai bagi memudahkan mereka yang beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat.

BACA: Sharifah Sakinah Dedah Hidapi Disleksia, ADHD

“Saya mungkin bukan yang terbaik untuk bercakap tentang perkara ini, sebab saya pun bukanlah sempurna sangat…Tetapi saya harap akan datang kamu (penganjur) dapat memperbaiki jadual supaya waktu rehat dan makan lebih sesuai.

“Kita sepatutnya menghormati budaya dan agama. Tidak kira dalam industri hiburan atau pembinaan sekali pun. Waktu rehat yang sesuai sepatutnya bermula dari jam 12 tengahari sehingga 2.30 petang supaya orang ada masa untuk solat/ solat Jumaat.

“Harap-harap tahun hadapan tak adalah acara yang dijalankan pada waktu tersebut,” tulisnya.

Perkongsian Sakinah itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang bersetuju dengan cadangannya itu. Malah, ada netizen turut mencadangkan agar tiada acara dianjurkan pada pukul 7 malam untuk menunaikan solat Maghrib.