Anak sulung kepada pasangan selebriti, Neelofa dan PU Riz iaitu Muhammad Bilal menjadi perhatian memaparkan videonya membaca surah.
Menerusi video dikongsikan, PU Riz dilihat menyemak Bilal membaca surah Al-Adiyat yang mengandungi 11 ayat.
BACA: “Biarlah Bilal, Jangan Bezakan, Mak Ayah Dia Ustaz & Ustazah…Dah Tertinggal Jauh Dah Baby”
Sementara itu, Neelofa berkata anaknya sudah memberikan pendedahan awal kepada anak mereka dengan membiasakan mereka membaca surah-surah pendek.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kebolehan kanak-kanak berusia 4 tahun itu lancar serta menghafaz surah berkenaan.
