Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden menjadi perhatian ramai apabila video berbual dengan ibunya membuatkan ramai terhibur.
Menerusi video itu, Jebat menjawab mengapa tidak ke masjid seperti sepupunya, Bilal yang merupakan anak kepada PU Riz dan Neelofa.
BACA: Jebat Jayden Dapat Duit Raya RM18,000, Siap Dapat Gold Bar
Apa yang menghiburkan, Jebat berkata Bilal rajin ke masjid kerana ibu bapanya merupakan seorang ustaz dan ustazah. Nabila memberitahu meskipun ibu bapa Jebat bukan ustaz dan ustazah namun anaknya juga boleh menjadi seorang ustaz.
Namun, jawapan diberikan Jebat menjadi perhatian apabila mengatakan bahawa ibu bapanya orang biasa dan dia sudah ketinggalan untuk berbuat demikian.
“Biarlah Bilal, jangan bezakan.. mak bapa dia ustaz dan ustazah, dah tertinggal jauh dah baby. Nak buat macam mana? Solat kat rumah pun lagi bagus,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan diberikan Jebat serta mendoakan agar menjadi anak yang soleh.
