fbpx

Susulan peningkatan kes yang dicatatkan amat membimbangkan, pelajar sekolah terpaksa menjalani pembelajaran secara atas talian berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, pengacara dan personaliti TV, Awal Ashaari meluahkan rasa bimbang apabila memikirkan adakah anak-anak memahami apa yang dipelajari memandangkan tidak berhadapan dengan guru seperti kebiasaan.

BACA: Didakwa Memfitnah, Awal Ashaari Disaman RM3 Juta

Kata Awal lagi, ketika sesi pembelajaran sedang dijalankan, mereka mungkin terganggu dengan tingkah laku rakan sekelas yang dapat dilihat melalui panggilan video.

“Sedih sangat tengok budak sekarang. Struggle dengan online classes. Rasanya dalam 100% yang cikgu ajar, berapa peratus sahaja yang masuk?

“Terganggu dengan rakan sekelas lagi. Ada yang terlentang, ada yang meniarap, ada yang melompat dan ada yang buat stunt,” luahnya.

Menyedari bukan sahaja anak-anak bahkan golongan pendidik juga berdepan kesukaran untuk memantau para pelajar, Awal turut berdoa agar keadaan akan segera pulih seperti sedia kala dan dapat bersekolah seperti biasa.