Didakwa Memfitnah, Awal Ashaari Disaman RM3 Juta
Setelah menerima ugutan undang-undang tanpa henti daripada Awal Ashaari, syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry menyaman pelakon dan pengacara itu serta dan defendan lain kerana didakwa memfitnah syarikat itu.
Menurut pengurus krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan, syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta dan telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas.
BACA: Scha Alyahya, Awal Ashaari Kekalkan Nama L & A Untuk Anak Kedua
“Awal Ashaari, seorang pengguna Instagram dengan hampir lima juta pengikut di laman media sosial tersebut dilaporkan memuat naik pelbagai Instagram Stories di antara November 2019 dan November 2020.
“Beliau didakwa telah merosakkan imej, jenama, dan reputasi syarikat hiasan dalaman yang terkenal itu,” kata kenyataan itu.
Syarikat hiasan dalaman itu mendakwa bahawa hantaran, catatan dan komen fitnah oleh Awal telah memberi gambaran negatif terhadap organisasi tersebut serta menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.
“Surat tuntutan telah dihantar kepada Awal Ashaari 13 Oktober 2020 dan 19 Oktober 2020 tetapi tidak mendapat sebarang balasan.
“Justeru, anak guam kami telah memutuskan untuk menyaman kerana pihak defendan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini.
“Oleh kerana surat tuntutan telah dikirim kepada Awal Ashaari, cara yang betul adalah untuk beliau melantik seorang peguam untuk membalas notis tersebut tetapi sehingga ke hari ini, kami belum menerima balasan dari pihak beliau,” katanya.
Dalam pada itu, peguam Nurul Hafidzah Hassan Syarikat berkata, anak guamnya itu bagaimanapun tidak akan bertindak balas terhadap ancaman dan ugutan yang dibuat oleh Awal yang telah diterbitkan oleh pelbagai pihak ketiga.
Untuk pengetahuan anda, peguam yang dilantik oleh Naz Carpentry pernah mewakili anak guam berprofil tinggi termasuk seorang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Maria Chin Abdullah, Linda Rafar, Zarina Anjoulie Lavocah, dan Ammar Alfian.
- SUMBER
- Astro Awani
Bahaya socmed ni. Lebih2 lg public figure. Kesian pulak daddy bini tengah boyot dh kne saman. Haih udah2 la ada masaalah bawak isu ke badan perundangan yg sepatutnye bkn luah kt socmed.
Mls nk komen…
Tadi kn..Selalu buat ikan cencaru je, ikan kembung jarang², ikut mood nk goreng or bakar, yg penting sedap sumbat cili.
kalau aku pun bengang keja xsiap,xcantik.. KALAU AKU LAH..
ngade la sesetengah companies kat malaysia nih… customers x puas ati kena saman…. kalo semua companies dalam dunia ni orang xleh sentuh abeh tu kami pengguna nk tgk honest review dari mana? dh ko buat keje x elok org komplenlah.. ko baca tripadvisor / google reviews.. negatif positif ambil iktibar dn perbaiki mutu kerja.. bukan saman menyaman… lagi buruk imej ko
Customers always right..
aku pun akan marah klu hasil kerja tak setanding dgn harga yg dikenakan, bukan seribu dua. patut minta maaf dgn customer & perbaiki hasil kerja tu.
Dh agak dah…lain kali terus je buat tuntutan gantirugi kt company tu dan xpyh nak diceritakan….
Eh eh eh Tak malu nak saman orang. Dah keje tak siap lagi.
Sesiapa yg berminat untuk tempahan perabot chesterfield premium jemput singgah di showroom kami di OD Furniture,Seri Pristana Sg Buloh Selangor