fbpx

Balu Abam Bocey Dituduh Tak Sedih Dengan Kematian Suami

Hampir enam bulan pemergian suaminya, Allahyarham Abam Bocey, balu arwah iaitu Siti Nur Hidayah meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak mendakwa dia seolah tidak pernah bersedih di atas kehilangan suami tercinta.

Namun, Hidayah tidak terkesan dengan kata-kata negatif tersebut kerana tiada siapa tahu tentang perasaan sebenar yang perlu ditanggungnya. Malah, dia masih berpegang pesanan suaminya supaya tidak mengendahkan kata-kata orang.

BACA: Hidayah Kecewa Ali Puteh Tak Beritahu Letak Batu Nisan Di Pusara Abam

“Ada orang berkata aku tak sedih dengan kematian suami. Tak mengapalah, cakaplah apapun, Allah maha mengetahui segalanya.

“Ingat lagi pesan arwah suami ‘sayang, biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan, janji kita dengan cara kita, jangan berhenti berdoa Allah sentiasa ada bersama kita,” luahnya.

Dalam pada itu, Hidayah berkata mungkin orang di luar sana tidak melihat kesedihan sebenar yang dirasainya kerana perkara itu tidak perlu ditayangkan kepada umum.

“Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk. bersedih (selain takut kerana Allah), tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih,” katanya.

Pada 10 Februari lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak akibat demam panas.

Nuridayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah kini berusia 11 bulan.