Hidayah Kecewa Ali Puteh Tak Beritahu Letak Batu Nisan Di Pusara Abam
Selepas lima bulan pemergian Allahyarham Abam Bocey, pusara arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam di Sungai Pusu, Gombak, selamat dinaikkan batu nisan dan binaan kubur di sekelilingnya.
Perkara itu dikongsikan oleh adiknya, pelawak Ali Puteh menerusi Instagram.miliknya. Menerusi perkongsian itu, Ali turut meminta sesiapa yang ingin menziarahi pusara abangnya untuk mendoakan kesejahteraan arwah.
BACA: Isteri Arwah Abam Syukur Perniagaan Cempedak Goreng Dapat Sambutan
Bagaimanapun, tindakan itu kurang disenangi baru arwah Abam iaitu Nor Hidayah kerana dia tidak dimaklumkan mengenai pemasangan batu nisan tersebut. Namun, dia enggan memperbesarkan hal tersebut bagi elakkan sengketa berpanjangan.
“Saya pun tak tahu yang dia buat batu nisan ni. Dia tak hubungi saya langsung. Saya tahu lepas tengok di Instagram. Saya malas nak cakap apa-apa baik saya diam saja,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Hidayah turut meluahkan rasa kecewa kerana anaknya seolah-olah tiada hak ke atas kubur arwah Abam kerana tidak diberitahu mengenai hal itu.
“Memang kami tak tahu ahli keluarga arwah bina kepok di kubur arwah hari ini,” katanya.
Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al- Juffrey kini berusia 14 bulan.
Ali ali…… Hati mu sgt hitam seperti rupamu…..
Batu nisan tu tak bagi manfaat apa2 untuk roh si mati…sedekahkan AlFatihah dari jauh pun dah cukup…tak payah sedih2 la, fikir perkara2 yg tak berfaedah buat semak kepala… move on lupakan terus keluarga berhati hitam itu…biarkan dia orang hari2 lurut batu nisan tu bagi puas lhati…
small matter lahhhh …relek arghhh
netizen x pyh jd batu api lah, kalu asyik gadoh2 bil dunia nk aman..mungkin tanda kasih ingatan adik pd abg nye xyh menggelopoh pon. mentang2 netizen slalu backup engko benda kcik ko sedepakan kan kann?
Setuju dgn Benci Pergaduhan..bukan nak sebelahkan sesiapa..memang betul arwah ada waris..anak lelaki pulak tu..tapi rasanya x perlu nak luahkan pada media sosial..kerana akan mengundang perbalahan dan permusuhan..x rugi kalau Kita beralah utk jernihkan keadaan..keluarga arwah lebih lama hidup denganya..semoga isteri dan anak arwah bahagia hendaknya.. Amin..
Benda ni pon nak kecoh.. Ali pon bkn org lain.. darah daging satu emak… Hidayah ni apa yg dibuat oleh keluarga si mati ada je tk kena… Sudah2la tu bwk bertaubat .
UDAH LAH… DIA BUATKAN KUBUR ABANG DIA…DARAH DAGING KANNN???
BUKAN DIA KOREK LOBANG KUBUR ARWAH ALIHKAN TEMPAT LAIN… BAWAK MASUK TANAM DALAM UMAH DIA!
TU PUN NAK DI JADI KAN ISSUE?????
DAH BERBULAN2 ARWAH PERGI BILA KORANG YG SO CALL “BERAGAMA” NAK GAME LAHHHH???!
APOOOOOO NAK JADI HATI TU???!!!
Cakap malas nak komen tapi komen jugak. Lain kali takyah cakap pape. Kalau orang tanya cakap okay je.
Cik Kak ooi … Biar la roh suami mu tenang …
Give n take ….
Sifat manusia akhir zaman
Alahai..bru kahwin xsampai 3 tahun..ko citer mcm da lama hidup dgn arwah.ingat sikit air dicincang xkan putus.Bende elok pun nak mintak kebenaran kee?Please la..Patut nya ko bersyukur.
patutnya ucap terima kasih sbb dia dah tolong buatkan.. cantik plak tu,buat pe nak terasa hati.. banyakkan doa dan sedekahkan alfatihah lebih bermanfaat dr layan pertanyaan wartawan.. just say no comment… alhamdulillah..
Masa arwah suami aku meninggal dulu family dia pun x mintak kebenaran aku utk buat nisan kubur arwah. Tapi aku rileks je. Bende kecik buat ape jak dibesar2kan. Mmg la di akui akan terasa hati jugak sikit sbb todak bincang dulu dgn kita ni isterinya kan. Macam kita ni tak penting. Tapi demi jaga hubungan family, aku tolak semua ke tepi. Betul tu cakap yg komen, batu nesan tu x bg apa2 kebaikan pada arwah. Pebih baik tanam pokok2 je ataa kubur tu. Inhaa allah pokok2 tu berzikir.
Aku kalau boleh xmau komen.. Hidayah, Udah2 la tu.. Family arwah tu bukan buat benda tak baik.. Dah depa rasa depa tak boleh cakap bersemuka or whatapps hang, itu pasal dia up ka IG dia.. Hang nak depa call tanya boleh tak saya nak buat batu nisan kat kubur arwah macam tu? Itu yang hang nak ke? Hang kena ingt, arwah ada emak lagi.. Emak dia lg berhak ke atas arwah.. Sudah 2 la tu, jernihkan la air yang keruh tu.. Sampai bila nak kecik hati, bergaduh dgn family arwah.. Sifat pemaaf itu kan mulia.. Harta kalau dikejar, memang tak ke mana.. Memang hati tu akan penuh dendam.. Maafkan je depa.
Kalau kita ikut sunnah Nabi, diharamkan bagi kita untuk membuat binaan kubur si mati.
Rujukan boleh lihat pada laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/950-al-kafi-571-hukum-membuat-binaan-di-atas-kubur
Semoga bermanfaat.