Pelakon Abby Abadi memberikan pendapatnya mengenai isu perceraian apabila ada individu tindakan isteri memfailkan cerai terhadap suami.

Menerusi hantaran di Threads, lelaki berkenaan mengatakan di akhir zaman ini ada di kalangan isteri yang  menceraikan suami dan perkara itu dibenarkan di sisi undang-undang.

BACA: Haqiem Stopa Berniaga ‘Affiliate’, Abby Abadi Beri Kata Semangat

“Akhir zaman ni, umat dia punya power sampaikan isteri yang ceraikan suami. And that’s legal,” tulis lelaki itu.

Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian Abby yang berpendapat perpisahan adalah jalan terbaik sekiranya pasangan sudah tidak serasi daripada terus memendam sehingga boleh berlaku perkara tidak diingini.

“Lagi baik minta cerai dik kalau dah tak serasi….dari pendam sampai jadi benci, bergaduh sampai berbunuh.. baik menjauhhh kalau itu lebih menjaga emosi,” tulisnya.

×