Haqiem Stopa Berniaga ‘Affiliate’, Abby Abadi Beri Kata Semangat

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi menitipkan kata-kata semangat buat pempengaruh media sosial Haqiem Stopa dalam mencari rezeki.

Menerusi satu hantaran di Threads, Haqiem meluahkan rasa kesal kerana sering dipersalahkan dalam apa saja perkara dilakukan.

BACA: Kes Haqiem Stopa: Zul Huzaimy Minta Jangan Judge Mat Rempit, Dikelilingi Wanita Itu Biasa

Menurut Haqiem lagi, apa saja usaha dilakukan untuk mencari rezeki akan dipandang negatif oleh netizen sehingga ada yang menuduhnya ‘menunggang’ anak.

“Aku jadi lembut dipersalahkan. Kalau aku kaki perempuan mintak sana mintak sini rasa lagi disalahkan. Aku berniaga Ayam Gepuk salah. Buat affiliate salah dikata tunggangnya anak. Aku dah tak tahu nak kerja apa dah ni,” katanya.

Hantaran Haqiem itu mendapat perhatian Abby yang menitipkan kata-kata semangat kepadanya agar tidak pedulikan kata-kata negatif netizen serta terus berusaha mencari rezeki.

“Teruskan je.. gempak dah tu! Abaikan mereka.. jalan terus sampai kaya raya.. kaya raya nanti baru orang pandang,” tulisnya.

×