fbpx

Azza Elite Haramkan Saudara-Mara Ziarah Ibunya

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, penyanyi dan pelakon Azza Elite memberi amaran kepada saudara maranya dari Selangor dan Kuala Lumpur tidak ke rumah ibunya di kampung sempena Hari Raya Aidiladha.

Dalam entri tersebut, Azza turut mengharamkan saudaranya untuk datang ke rumah ibunya kerana bimbang dijangkiti Covid-19 disebabkan aktivit kunjung mengunjung.

BACA: Azza Elite Menangis Teresak-Esak Rayu Kerajaan Laksana ‘Lockdown

“Pada saudara-mara dari Selangor dan Kuala Lumpur atau dari mana sahaja yang balik kampung, jangan sesekali anda datang rumah mak saya.

“Awas! Saya haramkan anda datang rumah mak saya ketika ini demi kebaikan dan kesihatannya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Azza mengatakan dia tidak peduli jika ada yang rentas negeri untuk pulang ke kampung tetapi jangan melibatkan orang lain dengan menyebarkan penyakit.

Kata Azza lagi, mungkin apa yang dikatakannya itu kedengaran agak kasar namun dia lebih memikirkan keselamatan orang tuanya di kampung.

“Tolonglah, awak nak balik itu awak punya pasal. Tapi jangan nak bawa balik penyakit dan merayap ke rumah saudara-mara. Jangan ‘gatal’ nak bersalaman bagai,” katanya.