fbpx

Azza Elite Menangis Teresak-Esak Rayu Kerajaan Laksana ‘Lockdown’

Bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 kini merekodkan lebih 7,000, pelakon dan penyanyi Azza Elite merayu agar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bagi mengawal penularan virus berkenaan.

Menerusi satu perkongsian di Instagam, Azza dilihat ada memuat naik video dirinya menangis teresak-esak menggesa kerajaan segera bertindak.

BACA: Jual Bedak Sejuk, Azza Elite Digelar Artis Kampung

“Ya Allah, saya sangat takut. Risau emak dengan anak dekat kampung. Kami terpisah. Selagi kerajaan tak buat lockdown, kami ada yang kena pergi kerja.

“Saya cukup untuk semua yang mohon untuk lockdown. Kami orang bawahan ni jaga semua SOP. Kami sanggup ikat perut untuk kurangkan kes. Tolonglaj kesian dekat frontliners! Mereka pun ada keluarga. Tolong lah,” katanya.

Kata Azza lagi, dia mula mengalami masalah anxiety atau kerisauan melampau kerana bimbang dengan peningkatan kes harian yang agak drastik apatah lagi kes kematian juga semakin tinggi dicatatkan.

“Hari ini Covid dah melalui udara pula. Tolonglah kerajaaan bagilah lockdown. Korang (kerajaan) nak berapa ramai lagi rakyat kita mati. Korang nak fronliner buat macam mana lagi. Tolonglah lockdown,” katanya.