Pelakon Azhar Sulaiman menyifatkan ahli keluarga yang bergaduh di platform media sosial adalah satu tindakan sangat bodoh.
Menerusi perkongsian di Instagram, Azhar berkata tindakan tersebut hanya memburukkan lagi keadaan serta menyakiti hati satu sama lain.
BACA: “Kepada Norman & Abby, Tiada Ibu Bapa Yang Tak Diuji Oleh Allah” – Azhar Sulaiman
“Kita hanya akan menyakiti hati satu sama lain apabila bergaduh. Nanti nak kena tunggu berapa kali Hari Raya nak berjumpa nangis-nangis dan bermafaan?
“Kenapa tak pilih untuk berdamai, jangan bergaduh di media sosial sebabnya ia bodoh sangat,” tulisnya.
Dalam pada itu, Azhar berkata masalah keluarga sepatutnya diselesaikan secara dalaman serta berharap Allah menjaga keluarganya.
“Bila tengok keluarga berdeparang sesama sendiri di media sosial, terlintas di kepala saya mereka semua ini dapat payment dari siapa untuk berdrama kepada netizen? Semoga Allah akan sentiasa menjaga kewarasan saya dan isteri dan anak-anak,” tulisnya.