fbpx

Ayda Jebat Tak Kesal Dibuang Universiti Kerana Jadi Artis

Selamat untuk kami katakan yang walau drama bersiri Rindu Awak 200% telah habis ditayangkan, nama Ayda Jebat pastinya akan terus menjadi sebutan peminat selepas ini dek kerana kesan lakonan beliau dalam drama tersebut.

Meniti populariti ketika ini, Ayda Jebat mengakui bukan mudah untuk beliau sampai ke tahap kini sehingga ada satu masa beliau telah dibuang dari universiti kerana terlalu mengejar cita cita untuk bergelar artis dengan menyertai program realiti Akademi Fantasia.

BACA: Ayda Jebat Nafi Jadi Punca Zul Ariffin Renggang, Gaduh Dengan Kekasih

“Ketika saya dipilih untuk menyertai Akademi Fantasia 9 pada tahun 2011 saya masih belajar di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan muzik tetapi pihak universiti tidak benarkan untuk saya mengambil cuti khas bagi menyertai mana-mana rancangan realiti”

“Setelah fikir secara masak-masak saya pilih untuk menyertai AF8 & dalam masa yang sama pihak universiti terpaksa memberhentikan saya dan ketika itu saya tinggal lagi dua semester sahaja untuk tamatkan diploma. Saya memang sedih sangat dan menangis tidak henti ketika itu,” ujarnya.

Bercakap kepada mStar Online, Ayda Jebat menambah yang beliau tidak menyesal dengan semua keputusan yang dibuat kerana rakan rakan yang tamat pengajian ada yang masih mencari kerja namun bagi dirinya rezeki dalam dunia hiburan bertambah.

BACA: Peminat Kirim E-Mel Suruh Zul Ariffin, Ayda Jebat Cepat Kahwin

“Saya tidak menyesal dengan keputusan saya itu biarpun nasib saya sebagai penyanyi tidak begitu menyerlah, namun saya terima rezeki dalam industri seni ini sebagai seorang pelakon”

“Saya lihat kawan-kawan saya yang habis belajar masih lagi mencari-cari kerja, ada yang hubungi saya semula untuk mendapatkan peluang,“ tambahnya lagi. (rtky/m)