Peminat Kirim E-Mel Suruh Zul Ariffin & Ayda Jebat Kahwin Segera
Pelakon yang kini semakin menginjak naik namanya dalam industri lakonan tanah air selepas membintangi drama bersiri Rindu Awak 200%, Ayda Jebat memberitahu yang dia ada menerima e-mel daripada peminat-peminatnya yang menyarankannya supaya berkahwin dengan Zul Ariffin dan dia ketawa besar mengenangkan cadangan para peminat itu.
“Saya mendapat beberapa e-mel dari peminat yang menyuruh saya untuk berkahwin dengan Zul Ariffin secara realitinya. Mereka semua terlalu fanatik dan saya tahu chemistry yang kami ada dalam drama tersebut membuatkan drama itu benar-benar menjadi,” katanya ketika ditemui semasa majlis rumah terbuka media hiburan petang kelmarin.
BACA: Zul Ariffin Terima SMS Ugutan Mahu Bunuh Kekasihnya, Gayatri
Ayda turut menceritakan bahawa dia senang sekali bekerja bersama Zul Ariffin kerana baginya Zul seorang yang professional dan Ayda sebelum itu juga ada turut mengetahui bahawa Zul memang mempunyai seorang kekasih.
“Dia seorang kawan yang baik dan professional dalam setiap apa yang telah dilakukannya. Siapa yang tak kenal dia memamg anggap yang dia seorang yang serius tetapi sebaliknya. Ya, saya tahu yang dia mempunyai kekasih dan tak pernah pula saya bercakap soal itu ketika penggambaran drama melainkan urusan pekerjaan sahaja,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ayda Jebat juga telah ditawarkan untuk menjadi duta kepada produk Aura White yang dikenali sebagai ‘Aura White Bubbly’ yang sesuai digunakan untuk remaja remaja yang berumur 13-25 tahun.
“Saya sungguh teruja sekali untuk bekerjasama dengan mereka & ini merupakan rezeki selepas saya membintangi drama ‘Rindu Awak 200%’. Pemilihan saya untuk menjadi duta kepada produk tersebut adalah kerana mereka menginginkan personaliti remaja yang ada pada diri saya selepas mereka menonton drama tersebut,” terangnya. (rtky/hfz)
eloklah,.. kawin cepat2..
menangis kak gaya nengok gambar korang. mesti kak gaya nak kawen cepat sblm zul kena sambar pompuan yg lebih muda.
tah pape la peminat ni..suka kaitkan lakonan dgn alam realiti.tu cuma lakonan je..xkn kt luar nk suruh dorg kawin sedangkan masing2 mungkin dah ada pilihan sendiri.tolong lah..erk..
x mungkin zul ni tinggal si gaya..gaya mokcik kaya
EUW… Dasar peminat drama macam ni la. please la. aku meluat tgk si ayda jebat ni belakon. dh la muka empat segi, bajet watak cun. lakonan mcm kayu.
Tuah.. kutuk kejadian Allah pulak awak nih.. ingat dia nak ker mukaempat segi..
Yan….tol tu….tuah dengki tuh… Kikiki….5bntg too rindu kmu 200%….
at least plakon mcm kayu nie, muka segi 4 nie kluar tv n org knl. dr kamu2 yg mgutuk. dia dpt pahala free n kamu2 dpt dosa free.. huhuhu
# wpun aku xminat tengok cite nie. at least aku x kutuk plakon dia..
Seronok jugak ngok cerita ni lama2 ok…si Zul ni lakonan mmg bagus dari dulu…Ayda not bad putih…cuma ni mungkin susah nangis…malu ke…takut sikit…agaknya lama2 lakon pandai lah acting…klau act dgn yg pelakon Izara Aisha tau Nur Fateha ke tu aduh lagi best kan? hai nasib baik ada drama mlayu takla aku mati sunyi kat sini…
Tak minat cerita ni…..lsg tak tengok satu episod pun….pls bagitau rating berapa citer ni
eiyy tau takpe, mnyampah, bajet si badang nk sgt kat diaaa!
TAK KISAH LAH WAJAH SIAPA DLM SESEBUAH CERITA TUUU …. AT LEAST AYDA SUDAH CUBA YANG TERBAIK DLM RA200%…. SOAL JODOH ALLAH SWT YG TERTENTUKAN…. SAYA MINAT RA200% NIE ^_^
Sy pun suke drama ni..kasi peluang kpd pndtg baru…nk cr market atleast rezeki ayda melimpah ruah…yg kite ni dok kutuk sana sini habuk pun tiada…ape2 pun best drama ni
Nama dah sedap tapi perangai pulak mcm tu apa kata ko je yang buat video lucah tu?????
Peminat patut sarankan Ayda & Zul buat video lucah saje!
MasyaAllah…sh mashitah syed al attas..
Bwk2 mengucap..nama je indah tp tulisan tak seindah iQ awak..
Yg tulis novelnya org perempuan, yang beria-ria tengoknya pun orang perempuan, maka terus tenggelamlah perempuan dengan angan-angan dpt ‘lelaki’ perfect idaman dorg mcm novel yg dorg baca atau cerita adaptasi yg dorg tengok. lepas satu, satu.
ngarut btullah stesen tv nih
Best lah…watakk hidupp jekk d bawak oleh zul & ayda…bersahaja dan spontan…ini la baru pelakon namanyaa…5 bintang…^^v
Biasa la belakon…
Cerita cinta 200pcnt x lojik…..heroin x sesuai…novel yg mengarot…
Sebelom komen cermin diri msing2.. Hope Ayda n Zul teros success lagi lepas drama nie… Weweet…
jgn la kutuk rupa dia.. kan dia tu ciptaan Allah.. awak kutuk dia = awak kutuk ciptaan Allah..
just saying.
sokong sangat-sangat..bajet macam bagus..lagi sesuia iazzara iasyah yang jadi heroin…
kalau Abby abadi berlakon lagi best citer ni.
Doakan yang terbaik for both of you…
kata x tengok. mcm mana bleh tau x minat?
Saya Setuju Dorang Kahwin Sepadan Sangat Abang Zul Dan Kakak Ayda
Setuju sangat fikiran sontot, kalau kau yg nak buat vedio tu sebebatnya kan
Rindu awak 200% terbaik (Y)(Y)(Y)(Y)(Y)
Komen2 yg xberapa elok renung kan diri anda adakah anda sempurna.. Syg diberi akal tp xpndai menggunakan nya dengan sebijaknya.. Kasihan
astaqfirullahhal’azim x baik tau mengutuk org, diri sendiri tu perfect sngat ka duk kata kat org.. klau diri sendiri tu x perfect jgn berlagak mcm perfect sngat, diorang cuma berlakon untuk cari duit bkan cari dosa..
Betul tue nina . diorang just berlakon je . yang awak tue pandai ke belakon and pandai ke buat novel . kalau setakat pandai comment hal orang , ada faedah ke ? Renung-renungkanlah .. sedar diri awak tue samaa ..
saya sokong nina dan tasya .. kita x patut masuk campur hal orang, kita dngan diri kita, diorang dengan diri diorang… klau diorang nak kwin ke x, itu masalah diorang kita x boleh masuk cmpur, klau setakat sokong x pa jngan pandai duk mengajar org… muka petak ke segi empat ke tu semua ciptaan ALLAH kita x boleh pertikaikan… #hanya menegur bkan nak cari psal
Motipp nak ngutuk wajah org . Cer tgk wajah awk rupa apeee . Bersyukur lah sbb ape yg ade nie sementara cuma . Cantik mcm mana pun ia tetap milik Allah . Maaf ye ?
Hahaha.. muka dia tiga segi kot.. ngata Aida empat segi.. cute apa muka Aida.. bersih suci je.. ko adaaaa????
tak baik hina, keji & kutuk orang. mereka tu cuma lakonkan watak tu sebaik mungkin saja. suka tengok dan kalau tak suka, jangan tengok tu je……Sia-Sia saja hidup masing ada pegangan tetapi masih kutuk mengutuk.
zul ayda terbaik…chemistry yg sempurna..pelakon yg hebat…semoga terus berjaya…seronok jg kalu btl2 kahwin..
Ishh…buley tera tu..dOk hina Org…
Aku tak nak kutuk pelakonnya…aku nak kutuk dramanya….dramanya buat aku menyampah giler..2 minggu berturut2 aku tengok..lama2 aku fed up….terus tak tengok…lagi la aku dapat tahu adaptasi daripada novel cinta….lagi la aku menyampah…