fbpx

Ayda Jebat Bosan Dikaitkan Dengan Zul Ariffin

Melalui drama Rindu Awak 200% yang meninggalkan kesan kepada peminat, Ayda Jebat bagaimanapun mengakui naik bosan kerana tidak habis-habis dikaitkan dengan hero drama tersebut iaitu Zul Ariffin.

BACA: Ayda Jebat Kecewakan Peminat?

“Sudah-sudahlah kaitkan saya dengan dia kerana antara kami tidak ada apa-apa hubungan. Lagipun sekarang dia pun sudah ada kekasih. Kami rapat pun sebab sama-sama berlakon dalam drama Rindu Awak 200%, takat tu sahaja hubungan kami. Tidak ada hubungan yang lebih daripada rakan artis”

“Ya memang betul saya rapat dengan Zul sebab kami banyak buat projek lakonan sama-sama. Jumpa pun hanya di set penggambaran sahaja. Rimas dan penat juga bila memikirkan kena menjawab hal sama berulang kali,” jelas Ayda kepada Utusan Malaysia.

Jika dilihat di laman sosial pun, ramai peminat tegar pasangan ini yang bagaikan tidak boleh move on dari drama tersebut. Untuk sekali dalam hidup, tolonglah ingatkan diri bahawa mereka hanyalah berlakon. Boleh tahan juga terbawa-bawa sampai ke realiti peminat pun. Bangun, jangan tidur dalam fantasi. (rtky/s)