fbpx

Ayda Jebat Kecewakan Peminat?

Pelantun lagu Siapa Diriku, Ayda Jebat menjelaskan bahawa dia telah mengecewakan peminatnya apabila gagal melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) yang berlangsung di Sri Pentas 2 Alam Sentral kelmarin.

BACA: Instagram Digodam, Ayda Jebat Akui Terkilan Dan Sedih

“Tiada rezeki untuk saya melangkah ke peringkat akhir AJL 30, tetapi sangat bersyukur berada di antara 30 lagu terbaik di peringkat separuh akhir Muzik Muzik malam ini. Saya tak nafikan semua peminat saya berharap untuk melihat saya beraksi di pentas akhir AJL tetapi rezeki tidak memihak kepada saya”

“Saya sendiri pun turut sedikit kecewa tetapi berazam untuk memperbaiki dan memberikan lagu-lagu yang terbaik pada masa depan dan berharap peminat faham juga kerana Anugerah Juara Lagu bukan menilai populariti penyanyi atau lagu tetapi menilai keunikan serta lirik dalam sesebuah lagu tersebut,” katanya.

Ayda turut berkata, komposer Azmeer yang menjadi salah seorang juri pada malam tersebut memberi kata-kata semangat supaya dia tidak putus asa dan terus menghasilkan lagu-lagu yang bermutu tinggi.

“Abang Azmeer dia kata tahun depan suruh buat lagu yang lebih baik dan terus berkarya,” ujarnya. (rtky/h)