fbpx

Ayda Jebat: Bodek Produser Bukan Cara Saya

Percaya dengan keupayaan bakat dirinya, Ayda Jebat menafikan dakwaan membodek produser semata-mata untuk mendapatkan tawaran lakonan malah Ayda sendiri memberitahu bahawa budaya tersebut merupakan budaya lapuk.

BACA: Fikir Masa Depan, Ayda Jebat Mahu Terlibat Dengan Dunia Perniagaan

“Bodek membodek bukan cara saya. Sebagai pelakon perlu sedar diri untuk mencari ruang dan peluang dalam dunia lakonan menerusi bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan,” kata Ayda yang menyifatkan populariti dan kebangkitan dirinya adalah berpunca daripada usahanya sendiri.

Selain itu, dia juga berterima kasih kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong kariernya dalam industri agar kekal berjaya selain menjadikan peminatnya sebagai kayu pengukur untuk dirinya untuk menerima tawaran berlakon yang diberikan oleh para produser.

“Saya tidak keseorangan, kejayaan yang saya kecapi adalah doa-doa mereka serta orang yang rapat dengan saya, dan menjadi tanggungjawab sebagai seorang pelakon, lakukan yang terbaik di set penggambaran serta menjaga hati peminat dengan baik,” ujarnya seperti dipetik di portal Murai. (rtky/s)