fbpx

Awie Syukur Dapat Sambut Hari Lahir Ke-54 Di Mekah

Umum mengetahui, kumpulan Wings kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah. Lebih manis, vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie menyambut ulang tahu kelahirannya ke-54 di Mekah.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Maulana Helmi, sambutan ulang tahun kelahiran Awie turut diraikan dengan jemaah lain termasuk anggota Wings.

BACA: Tegur Noh Atas Pentas, Netizen Ungkit Kes Awie Belasah Bekas Isteri

“Sanah Helwah Dato Awie Al Pamalo sempena Hari Lahir yang ke-54 tahun. Didoakan semoga Dato kekal sihat walafiat dan diberkati oleh Allah S.W.T dalam kehidupan Dato di dunia dan di akhirat,”ucap Maulana Helmi.

Sementara itu, Awie meluahkan kesyukuran kerana dapat menyambut ulang tahun kelahiran di Mekah. Awie juga turut bersyukur dapat bersama-sama sahabatnya menunaikan ibadah umrah.

“Terima kasih banyak-banyak. Syukur dalam banyak-banyak tempat, kita ditemukan di Makkah al Mukarramah ini.

“Saya sangat-sangat gembira dan terima kasih kepada Datuk Mat yang merealisasikan impian ini untuk membawa bersama sahabat dunia akhirat saya, Wings. Terima kasih banyak-banyak kerana mempercayai saya,”katanya.

Sebelum ini, Awie dan Wings mengumumkan bakal berehat panjang sebaik pulang dari mengerjakan ibadah umrah dan akan menyusun semula jadual selepas Aidilfitri, tahun depan.