fbpx

Tegur Noh Atas Pentas, Netizen Ungkit Kes Awie Belasah Bekas Isteri

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isu Noh Hujan yang didakwa meludah di atas pentas ketika persembahan sekaligus mengundang kecaman netizen.

Perkara itu turut mendapat respon daripada penyanyi Datuk Awie yang memberi teguran penyanyi band rock Malaysia seharusnya memiliki adab yang tinggi serta tidak bersikap baidab ketika melakukan persembahan.

BACA: “Rocker Atau Beruk? Kalau Betul Rocker Dia Tidak Begitu” – Awie 

Turut menjadi perhatian, kenyataan Awie mengatakan tindakan seperti itu bukanlah ciri seorang rocker serta seolah menyamakan dengan perangai beruk.

Kenyataan Awie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan, namun ada yang kurang senang dengan pendapatnya itu.

Malah, netizen tersebut dilihat mengungkit kisah rumah tangga vokalis Wings itu yang pernah terpalit dengan isu memukul bekas isteri.

Bagaimanapun, difahamkan perkongsian tersbeut telah pun dipadam oleh netizen berkenaan selepas mendapat pelbagai komen daripada pengguna Twitter lain. Tidak kurang juga, ada yang berpendapat tidak adil untuk membuat perbandingan antara isu peribadi dengan isu meludah di atas pentas.