“Asal Artis Je Operate, Kau Ingat Aku Kaya Sangat”
Meskipun sudah tampil semakin langsing dan kurus, pelakon Zulin Aziz berkata dia masih menerima komen daripada netizen yang menuduhnya melakukan pembedahan untuk kurus.
Kata Zulin, dia kurus bukan nak cantik tetapi untuk sihat. Zulin berkata bukan sehari dua dia mengambil masa untuk kurus tetapi bertahun.
BACA: Zulin Aziz Tak Melatah Dikritik Tudung Makin Singkat Sejak Kurus
“Muka saya masih sama je, bentuk dan berat badan je beza sikit, cuma saya nak ingatkan orang berbadan besar tak semestinya tak cantik.
“Nak kurus ni bukan sebab nak cantik semata-mata tetapi kerana nak sihat… saya kurus bukan dalam masa dua tiga hari, ambil masa bertahun dan saya buat macam-macam jenis diet sebelum ini. Daripada 85 kilogram sekarang dah 57 kilogram,” katanya.
Dalam pada itu Zulin turut bengang apabila sudah setahun lebih berdepan soalan sama serta mempersoalkan mengapa jika seseorang artis itu kurus pasti akan dituduh melakukan pembedahan.
“Ramai kata saya buat pembedahan… asal artis je operate! Kau ingat aku kaya sangat. Sebenarnya saya bukan la gemuk sangat sampai kena bedah, cukup berdiet sahaja.
“Penatlah nak jawab soalan sama… dah setahun lebih berdepan soalan begini! Yang ikut kita dari awal pasti tahu macam mana saya lakukan untuk capai impian ini,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Nobody talk pasal body kau pun, tapi sebab kau kempunan sangat nak attention / nak orang sentiasa ingat pasal kau, terpaksa la kau buat cerita orang asyik cakap pasal body kau. Seriously, annoying gila sebab kau takda topic lain selain kurus kurus kurus / kejap nak kahwin kejap taknak kahwin. Orang ada banyak masalah lain lagi selain nak focus dengan badan kau. Tbh, kau nak operate ke / buang usus ke / amik ubat kurus ke lantak kau lah. Orang tak peduli pun lah.
Aku minat ko masa ko gemuk. Skrg dah kurus tak minat dah.
Nko ingat hakuuu kesahhh???
Ada proof kot dia mmg operate. Well mmg begini la. Kalau ngaku nanti x dpt la jual product kurus dia.
Aku rasa mcm pena baca la yg dia mgaku ada bt operation utk gastrik.. Skrg mmg org buat pembedahan tu utk kurus…