fbpx

“Artis Pun Rakyat Biasa, Tak Perlu Dana Khas”

Nampaknya isu beberapa artis meminta dana khusus buat penggiat seni masih lagi hangat diperkatakan. Meskipun ada yang mempertahankan tindakan artis itu, namun ada segelintir anak seni tidak bersetuju untuk meminta dana khas daripada kerajaan untuk para artis.

Turut tampil memberikan pendapatnya berhubung isu panas itu, Ayda Jebat mengatakan bahawa artis juga sama seperti rakyat Malaysia yang lain, jadi tidak perlu dana khusus diwujudkan untuk mereka penggiat seni.

BACA: Tayang Cincin Di Hari Jadi, Ayda Jebat Terima Lamaran Nabil Mahir

Ujarnya lagi, cukuplah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah memberi banyak potongan untuk para artis. Malah, Ayda turut meminta netizen berhenti mengecam dan memaki para artis kerana mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Terdahulu, Black Hanifah dan Tomok menjadi mangsa kecaman netizen yang mempertikaikan tindakan mereka meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan penggiat seni.

Bagaimanapun, Black menjelaskan kenyataannya bukan untuk dirinya tetapi disuarakan bagi mewakili penggiat seni lain khususnya di belakang tabir dan artis veteran.