fbpx

Tayang Cincin Di Hari Jadi, Ayda Jebat Terima Lamaran Nabil Mahir

Selepas beberapa bulan menjalin hubungan cinta, Ayda Jebat menerima lamaran kekasih hatinya, Nabil Mahir. Lebih istimewa, Nabil melamar penyanyi yang popular dengan lagu Pencuri Hati itu pada ulang tahun kelahiran Ayda yang ke-28 semalam.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh pasangan tersebut menerusi Instagram masing-masing. Malah Ayda turut dimuat naik foto cincin lamarannya. Menurut Ayda, ia merupakan hadiah paling bermakna buat dirinya.

BACA: Nabil Mahir Suap Pisang Dekat Ayda Jebat, Ramai Fikir Bukan-Bukan

Diruangan komen, rakan-rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah kepada Ayda dan Nabil. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tidak sabar untuk melihat pasangan tersebut naik pelamin.

Terdahulu, Nabil mengakui dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan Ayda dan dalam proses mengenali hati budi penyanyi itu. Malah, Nabil berkata mereka juga sudah pun bertemu dengan keluarga masing-masing.