Selamat menimang cahaya mata pada awal Jun lalu, pelakon Ardell Aryana meluahkan rasa gembira kerana telah berjaya menghabiskan pantang selama 44 hari selepas melahirkan sulungnya itu.
Menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada Nadzmi Adhwa itu turut berkongsi kisah sewaktu dia masih di dalam pantang kepada mereka yang sering bertanya tentang perkara tersebut kepadanya.
BACA: Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa Dedah Wajah & Nama Anak
“Throwback hari ke 7 berpantang (Masa ni Arwa Malaikha Urwa halus lagi. Sekarang kuss semangat ) Alhamdulillah hari ni dah habis 44 hari berpantang kami.
“Yang tanya saya ambik service pantang dengan siapa, saya serta kan nama Instagram mereka. Bolehlah tanya-tanya tentang service dari diorang,” tulisnya.
Menurut Ardell, dia mengambil perkhidmatan berpantang hanya untuk tujuh hari sahaja, selebihnya dia menjaga diri sendiri selepas tenaga kembali pulih.
“Confinement Lady @pantangplus mereka akan datang dan jaga setiap hari 3 jam (yang tengah cari orang nak jaga pantang boleh tanya dorang, mereka jaga dan service bagus) package ikut masing nak berapa lama di jaga.
“Barang-barang keperluan berpantang pulak macam bekung, herbal, tuam, minyak angin panas tu dan keperluan barang pantang lain beli asing. Jenama set Suri itu saya cari dekat @tatehbangi pastu sy bagi CL pakai kan set tu,” tambah Ardell lagi.
Ardell turut menyarankan sesiapa yang mencari orang yang ingin menjaga selepas melahirkan cahaya mata, boleh mencuba perkhidmatan tersebut dan anda perlu berehat sahaja.
Ardell Aryana mendirikan rumah tangga denhan pelakon Nadzmi Adhwa pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun lalu.