fbpx

“Apa Rasanya Kalau Orang Cakap Buruk Pasal Mak Kamu?”

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila tiba-tiba nama Norlia Ghani trending di Twitter gara-gara ada individu menyindir pelakon veteran itu ketika memperkatakan mengenai kejelitaan aktres dan model, Kavita Kaur Sidhu.

Perkara itu turut mendapat perhatian Kavita yang meminta orang ramai berhenti sebarkan perkongsian berbaur sindiran itu dan mengatakan Norlia sepatutnya dihormati.

BACA: Wajah & Penampilan Dipersenda Di Twitter, Norlia Ghani Tak Ambil Hati

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Kavita juga turut mempersoalkan individu yang berbuat demikian apakah perasaan mereka sekiranya ada yang berkata buruk mengenai ibu mereka.

Kata Kavita lagi, Norlia merupakan rakan baik kepada ibunya sendiri sekaligus terguris hari dengan kata-kata yang di tulis oleh netizen di media sosial.

“Saya rasa kecewa apabila membaca ciapan di Twitter mengenai Norlia Ghani dan saya. Tolonglah berhenti merendahkan orang lain. Hormati beliau sebagai seorang yang lebih senior, pelakon veteran dan ibu seseorang.

“Sanggup anda sebagai netizen berkata sesuatu yang menyakitkan hati tentang ibu kamu sendiri, ibu saudara kamu atau rakan kamu?,” tulisnya.

Terdahulu, Norlia akui terkejut apabila namanya menjadi bualan ramai, bagaimanapun dia tidak ambil serius mengenai perkara itu kerana ada perkara lebih penting perlu difikirkan.