Wajah & Penampilan Dipersenda Di Twitter, Norlia Ghani Tak Ambil Hati
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tiba-tiba nama Norlia Ghani trending di Twitter gara-gara ada individu menyindir pelakon veteran itu ketika memperkatakan mengenai kejelitaan aktres dan model, Kavita Kaur Sidhu.
Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan memuat naik status membandingngan kejelitaan Kavita yang berusia 49 tahun dengan wanita berusia 30 tahun dipersenda memiliki penampilan seperti Norlia.
BACA: Norlia Ghani Terkejut Tidak Layak Terima Baki BPN
Akui terkejut namanya menjadi bualan ramai, Norlia berkata dia tidak ambil serius mengenai perkara itu kerana ada perkara lebih penting perlu difikirkan.
“Cucu Mama menunjukkan paparan skrin dan akaun Twitter menyebut nama Mama yang trending hari ini. Tidak sangka, selama ini hanya artis muda dan popular yang tular di laman sosial.
“Sekarang Mama pula jadi perhatian. Namun, Mama tidak ambil serius atau ambil ‘pot’. Banyak lagi perkara lain yang perlu kita kita fikirkan ketika berdepan pandemik COVID-19.
“Tak jadi kudis pun… Mama tahu ada yang mempertahankan Mama sebagai artis senior,” katanya kepada BH Online.
Bagaimanapun, netizen kesal dengan perkongsian tersebut seolah tidak menghormati Norlia sebagai bintang veteran yang memberi banyak sumbangan kepada industri seni.
Kata Norlia lagi, dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu memandangkan dia tidak aktif di laman Twitter, namun perkara itu diberitahu oleh cucunya.
- SUMBER
- BH Online
Yg hina norlia ghani tu, muka pun x berani tunjuk. Gi beli cermin. Jgn hina org lama. Kau dh tua nnti ntah2 lagi teruk. Pergi minta maaf dgn norlia ghani. Jgn sbb nak dpt RTWEET sanggup hina org, apa lg org yg lebih tua drpd kita. Adab mana?
Yg nak banding2 kn org dah kenape.. norlia ghani pun dah byk umur.. mmg la muka acik2.. kalau dah umur byk rupa muda korg kata dia pakai susuk la plastic surgery la botox la.. ade saje x kena.. dah kavitha tu mmg suka melawa so lawa la dia.. apedaa.. tu pun nak jd issue..
Heyyy siapa berani sentuh norlia ghani tu?? Sampai hati.. dulu2 masa kecik terigt lakonan dia.. rasa dia mcm mak2 sgt ? bestt.. semoga norlia ghani sihat sentiasa.. we love you!!
biadap ! muka yg update status tu pun ntah2 tak lawa mana..dah ghope mak lampir agaknya. norlia ghani tu dah tua pun masih cantik ya untuk kalangan orang tua. Kalau orang bandingkan dengan mak kau baru ada akai agaknya! Zaman sekarang ni adab memang kelaut!
Zaman sekarang memang ramai orang berpelajaran tinggi, semua nak step orang putih…urban katanya tapi sayang pendidikan moral budi bahasa zero…tak reti hormat org tua yg dah umur macam opah sendiri…sad
kdg2 fizikal seseorg tak sama dgn usia byk sbbnyer ianya adalah berkisahkan tntg kisah dan pengalaman hidup semasa kecil, remaja, dewasa dan hari tua.
katakanlah jika masa remaja umur belasan tahun jika dtg dri kuarga yg ssh, selalu ikut ibubpa mncari rezeki diwaktu musim cuti sekolah atau hujung minggu..maka tumbesaran fizikal berlainan dri kanak2 yg hidup lebih sng.
utk tidak memanjangkan ayat ini, sng ckplah..waktu kecil dan remaja selalu pegang pisau toreh, cari kayu api..itulah perubahn fizikal berbanding anak yg tidak melakukan kerja sedemikian..
Eh hello…….Norlia Ghani muda2 sexy ok Nora Danish pun kalah
tpi skrg umur norlia ghani umur 72, mcm40an..ye dok..walaupun aku fhm maksud ayat org tu..
So kenapa kalau muka saya macam Norlia Ghani? Norlia ke Kavitha ke dua dua berak busuk gak, perbandingan entah apa apa. Takde kaitan between Kavitha dan Norlia. Kavitha is being herself and Norlia is being herself too. Nothing is wrong with them. Nothing is wrong with being yourself. Everyone is living their own lifestyle apa. Jas A Rosmah ni jangan beranak ye. Beranak nanti satu lagi keturunan kau buat perbandingan bodoh ni
So kenapa kalau muka saya macam Norlia Ghani? Norlia ke Kavitha ke dua dua berak busuk gak, perbandingan entah apa apa. Takde kaitan between Kavitha dan Norlia. Kavitha is being herself and Norlia is being herself too. Nothing is wrong with them. Nothing is wrong with being yourself. Everyone is living their own lifestyle apa. Jas A Rosmah ni jangan beranak ye. Beranak nanti satu lagi keturunan kau buat perbandingan bodoh ni
Kavitha Sindhu tu berak tak busuk ke ???
norlia ghani masa muda mmg cun..
si bodoh je bandingkan orang tua dgn orang muda…
sekurang2nya norliah ghani ada anak dan cucu itu yg penting