fbpx

Anzalna Nasir, Suami Rahsiakan Jantina Bakal Anak

Pelakon Anzalna Nasir yang kini dalam keadaan berbadan dua, mendedahkan bahawa dia dan suaminya Hanif, sudah mengetahui akan perihal jantina bakal anak sulung mereka.

Bagaimanapun Anzalna dan suami tidak akan mendedahkan lagi status jantina bayi mereka kerana, mereka berdua mahukan kejutan buat keluarga serta peminat.

BACA: Suami Hadiahkan Anzalna Nasir Kereta Mewah RM600,000

“Saya dah tahu jantina anak yang dikandung. Setakat ini hanya saya dan suami sahaja yang tahu. Ibu bapa dan adik-beradik saya pun saya tak beritahu lagi. Bukan apa, saya sebenarnya suka nak beri kejutan dan nak tengok reaksi mereka bila saya beritahu nanti.

“InsyaAllah, saya akan dedahkan jantina anak pada kenduri doa selamat yang akan diadakan nanti,” katanya yang ditemui majlis perlantikannya sebagai duta produk kecantikan herba NR yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, di sepanjang kehamilannya juga, Anzalna berkata dia kini semakin suka untuk menghias diri seperti memakai bulu mata palsu.

“Kalau dulu saya seorang yang simple dalam bergaya tapi sejak hamil, saya semakin suka pakai bulu mata palsu bila pergi mana-mana majlis.

“Selain daripada suka berhias, sejak berbadan dua pun saya jadi semakin terlebih rajin. Terlebih rajin nak pergi majlis-majlis hiburan sedangkan suami dah pesan banyakkan berehat,” ujarnya lagi. (rtky/h)

© ROTIKAYA 2024