fbpx

Anzalna Nasir, Dilantik Sebagai Duta Set Bersalin NR

Pelakon cantik manis yang berbadan dua, Anzalna Nasir tampil sebagai duta produk set bersalin yang terkenal di kalangan para ibu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh MISB Resources Sdn Bhd, di Pusat Konvensyen Antarabangs Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MISB Resources Sdn Bhd, Syed Hidzir Tan Sri Dato Syed Agil Barakkah, pemilihan Anzalna sebagai duta NR bukan semata-mata berdasarkan imej ikon wanita Melayu di negara ini.

“Anzalna komited berkongsi dengan peminat tentang produk yang dipercayainya dan NR telah menjadi pilihan keluarganya sejak dua generasi lalu. Kini tiba masanya beliau untuk meneruskan tradisi tersebut dengan mengamalkannya ketika hamil, bersalin dan 100 hari selepas bersalin kelak.

“Kerana itulah NR terbuka hati untuk melantik Anzalna sebagai duta eksklusif pertama buat julung kalinya sejak ramuan herba itu diformulasi 30 tahun yang lalu,” kata Syed Hidzir.

Seperti sedia maklumat, set bersalin NR yang disediakan daripada hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan ini merupakan ramuan turun temurun yang berasaskan herba asli daripada hutan hujan tropika.

Turut menjadi kegemaran para ibu apabila set ramuan turut temurun ini lengkap dengan Set Herbaneka Bersalin NR, Minyak Berubat Nr, Phytonatal NR dan Akar Herbaneka NR yang sekaligus memberi kesan positif kepada kesihatan ibu.

Terbaru, NR yang telah bertapak dalam dunia perniagaan selama 30 tahun ini melancar produk terbarunya yang bakal menjadi barangan keutamaan ibu bersalin.

Antara produk terbarunya yang bakal dilancarkan adalah parfume Harumme, rangkaian produk bayi dan Blooms (intimate wash) yang memberi kesegaran kepada bahagian intim wanita.

Tidak hanya tertumpu kepada golongan ibu semata-mata produk NR seperti Blooms (intimate wash) ini juga boleh diguna pakai oleh golongan remaja.

Diformulasikan dengan kelebihan daun sireh, campuran herba istimewa dan peti Bidara serta pH3.5 dapat membantu penjagaan bahagian intim wanita disamping mengekalkan kelembapan dan keselesaan harian.

Kadar pH3.5 ini khusus untuk keseimbangan micro-flora pada bahagian intim wanita.

Senang cerita siapa yang sering ada masalah bahagian intim wanita seperti kegatalan dan keputihan ini cara terbaik untuk anda pastikan bahagian intim anda setiasa kekal bersih dan sihat.

Bukan itu sahaja, hadir dalam bentuk on the go, pencuci intim wanita Blooms ini mudah dibawa kemana sahaja dan amat sesuai untuk wanita bekerjaya meskipun dalam kesibukan harian, bahagian intim wanita terjaga dengan barangan keluaran NR ini.

Tidak melepas peluang ini, duta NR, Anzalna Nasir turut sama melahirkan rasa terujanya untuk menggunakan produk yang menjadi pilihan keluarga sejak 2 generasi lalu.

“Sebenarnya saya takut untuk ambil ubat dan produk sebarangan. Tapi saya begitu yakin dan percaya dengan kualiti produk keluaran NR.

“Saya yakin dengan produk ini selepas mendapat penerangan daripada ibu dan kakak serta membuat kaji selidik di internet dan rata-rata memilih menggunakan produk jenama NR,” tambahnya.