Pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq serta anak-anak dan keluarga kini sedang meluangkan masa bersama di Pulau Redang.

Apa yang menjadi perhatian ramai apabila Bella memuat naik hantaran di Insta Story memaparkan momen ibu mentuanya, Sharifah Mahani dilihat sedang mengikat rambut cucunya, Ara.

BACA: “Makan Guna Pinggan Kertas, Duduk Bersila” – Sikap Bella Astillah Di Set Penggambaran Dipuji

Lebih membuatkan netizen tumpang bahagia, ibu Syed Saddiq dilihat melayan Ara bermain dengan penuh kasih sayang.

Sementara itu, bapa mentua Bella pula dilihat sedang duduk berbual bersama Ayden sekaligus membuatkan netizen sebak melihat layanan ibu bapa mentua pelakon itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik semula di akaun Bella Astillah World, rata-rata netizen menyifatkan ibu bapa Saddiq adalah mertua dari syurga.

×