Pelakon Wawa Zainal meluahkan rasa bangga dengan anak keduanya iaitu Hayla Maghrifatul Adzkiyaa yang menyuarakan hasrat untuk menghadiahkan sebuah televisyen kepada rumah anak yatim.

Menerusi perkongsian di Instagram, Wawa berkata dia tidak menyangka anaknya baru saja berusia 10 tahun tetapi berjiwa besar.

BACA: Catat Jualan RM100,000, Wawa & Aeril Hadiahkan Kedai Untuk Hayla

Dalam video tersebut, Hayla berkata dia mahu menggunakan hadiah wang tunai RM3,000 yang diterima daripada Wawa dan Aeril untuk membeli televisyen berkenaan.

Bukan saja menghadiah televisyen, baki wang berkenaan Hayla mahu gunakan untuk membeli makanan buat anak-anak yatim.

“Saya nak belikan mereka TV sebab sebelum ini mereka kata nak TV. Saya rasa nak beri mereka TV yang paling besar. Duit baki ini saya mahu belikan mereka makanan dan kek,” katanya.

Terdahulu, Hayla menerima hadiah sebuah kedai untuk peniagaannya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-10.

×