Meskipun baru berusia 10 tahun, anak kepada pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa berjaya mencatat jualan mencecah RM100,000 kurang sebulan.
Memetik mStar Online, Wawa berkata dia turut meraikan pencapaian anaknya itu bersempena ulang tahun kelahiran Hayla serta turut menghadiahkan kedai buat anak kedua mereka itu.
BACA: Wawa Zainal Risau Anak Terkena Penyakit Ain Sebab Jual Kek Batik
“Sebenarnya kami raikan hari jadi Hayla hari ini sebab jumlah keseluruhan jualan Sweet Layers by Hayla sudah mencapai RM100,000 dalam tempoh sebulan.
“Kami juga hadiahkan kedai untuk Hayla kerana bagi saya, untuk capai sesuatu yang lebih besar kena ada kedai fizikal supaya dia lebih fokus.
“Sebelum ini hanya Hayla bersama pembantu rumah dan ahli keluarga saja tapi selepas ini kami akan ambil pekerja,” katanya.
Sementara itu, Wawa berkata mereka bangga dengan anaknya sudah ada perniagaan sendiri serta turut mendoakan agar Hayla menjadi insan beradab serta membanggakan keluarga.
“Saya doakan supaya Hayla menjadi anak yang baik dan solehah. Menjadi seorang yang beradab dan menjadi kebanggaan saya serta Aeril,” katanya.
Dalam pada itu, Hayla berkata dia teruja menerima hadiah istimewa daripada ibu bapanya termasuk wang tunai RM3,000 yang akan digunakan untuk membantu golongan memerlukan.
“Duit yang saya dapat saya nak berikan kepada orang susah dan mereka yang memerlukan,” katanya.
Sumber: mStar Online