Anak Lan Solo Menangis Nak Pergi Sekolah
Susulan kes Covid-19 meningkat naik sejak Mei lalu, semua sekolah terpaksa ditutup dan kembali menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Hampir dua bulan belajar di rumah, sudah pasti ramai pelajar rindu untuk kembali ke sekolah untuk bertemu rakan-rakan dan guru serta belajar secara bersemuka seperti biasa.
BACA: Isteri Lan Solo Sempat Bawa Anak Blonde Rambut Sebelum PKP
Baru-baru ini, anak bongsu penyanyi Lan Solo mengamuk kerana terlalu rindu untuk ke sekolah sehingga isterinya, Shiela Razlan terpaksa membawa anaknya itu ke sekolah.
Namun, anaknya sedih apabila sampai sahaja disana melihat sekolahnya ditutup. Puas dipujuk, anaknya menangis dan mengatakan mahu ke sekolah.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, anaknya bersetuju untuk pulang selepas isteri Lan memujuk konon mahu pulang ke rumah untuk mengambil kunci kelas.
Menerusi entri itu, Lan juga turut memberitahu kes tiada penurunan lagi bagaimana anaknya mahu bersekolah dan tidak pasti perkara itu akan berlanjutan sampai bila.
Perkongsian Lan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut merasa sedih dan kasihan pada anak kecil itu yang rindukan sekolahnya.
Adik nk p sek kena kaler rambut hitam balik..xtau la kot sauk tudung terus ok..mak ayah oi xyah la dok ikut sgt kehendak anak2 yg merapu..dah nama pun bdk2, mestila x matang lg..ni mak ayah pun x matang gak ka dok ikut skali..makcik heran la
Ala kesiannya budak2… dorng pon affected teruk dgn pkp. Masa kecik ni la nk main puas2, tapi di tak dapat pulak. Semoga allah hapuskan covid dari muka bumi