Ramai yang tidak tahu pelakon Azhar Sulaiman memiliki dua orang anak dara yang sememangnya cantik dan menawan. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, lihat saja ibu bapa mereka yang kacak dan jelita.

Baru-baru ini Azhar kongsikan fotonya bersama anak daranya, Kasih Iris Leona di akaun Instagramnya. Apa yang menarik perhatian, ada segelintir lelaki meluahkan hasrat mereka ‘ingin memetik bunga di taman’ dan Azhar dilihat sangat ‘sporting’ melayan gelagat peminatnya dengan membalas komen tersebut.

Rata-rata netizen memuji kecantikan anak perempuan Azhar yang baru saja berusia 16 tahun itu. Ada juga mengatakan pelakon Fazura sudah boleh bersara memandangkan gadis tersebut adalah pelapis kepada pelakon cantik itu.

Azhar seperti yang dipetik mengakui anak bongsunya itu turut mempunyai minat dan cenderung dalam dunia peragaan. Jadi tidak hairan jika gambar yang dimuat naik olehnya di media sosial cantik-cantik belaka.