fbpx

Fakta Hiburan Hari Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Kerja (N.9)

Georgetown University bakal tawarkan kursus pengajian khas Jay-Z yang akan meliputi seni muzik, gaya hidup & pengaruh selebriti Hollywood tersebut. Hmm. – Fox News

Front Pembela Islam (FPI) Bandung mengadakan demo membantah kehadiran selebriti penuh kontroversi, Julia Perez yang di’katakan bakal merosakkan minda penduduk Bandung. – KapanLagi

Bintang lagenda Bollywood, Dev Anand meninggal dunia pada usia 88 tahun Sabtu lalu akibat serangan jantung di kota London. RIP. – Seattle PI

Michelle Trachtenberg (gambar) mendedahkan yang beliau sepatut’nya memegang watak Bella dalam saga epik Twilight tetapi menolak kerana komitmen untuk drama TV, Buffy. Too bad. – Us Magazine

Ini video pilihan kami sepanjang minggu lalu, Maroon 5 bawakan lagu Moves Like Jagger di pentas peragaan Victoria’s Secret secara live dan pastinya bersama model buat hidung berdarah. – Youtube