fbpx

Gambar: Lisa Surihani Dan Yusry KRU Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Alhamdulillah. Dengan sekali saja lafaz akad nikah, Lisa Surihani sah bergelar isteri kepada Yusry KRU dan perkahwinan yang di’nanti oleh peminat kini jadi nyata.

Ini merupakan bahagian kedua & mungkin yang terakhir daripada kami untuk liputan majlis nikah Lisa Surihani dan Yusry KRU.

Pasangan ini di’ijabkabul sendiri oleh abang Lisa Surihani iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa di Ballroom Marriott Hotel Putrajaya jam 9 malam tadi.

Kami sebenarnya kagum dengan susunan majlis pernikahan ini yang di’anjur oleh DZMS Events bertemakan ‘Winter Garden’ dan majlis berjalan lancar dan tersusun. Perlu di’contohi oleh yang lain.

Beberapa gambar pasangan Yusry KRU & Lisa Surihani setelah sah bergelar suami isteri selepas ini untuk tatapan anda semua.