fbpx

Amyra Rosli Sah Hamil Tujuh Minggu

Setelah menyedari sejak beberapa minggu lagi perubahan pada Amyra Rosli, kini Amar Baharin boleh tersenyum gembira kerana isterinya itulah telah disahkan hamil tujuh minggu.

BACA: “Amar Baharin Bukan Suami Kuat Cemburu”

“Alhamdulillah, doktor baru mengesahkah Amyra hamil tujuh minggu malam tadi (Selasa) selepas kami buat pemeriksaan sepenuhnya termasuk imbasan. Sebenarnya saya sedar sejak beberapa minggu lalu dia mengalami simptom-simpom kehamilan, namun kami belum sempat buat pemeriksaan sehinggalah malam tadi dia mengadu sakit perut,”katanya kepada mStar Online.

Menurut Amar, isterinya itu mengalami sakit perut yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dan lawatan mereka ke hospital memberikan kejutan kepada pasangan yang menjadi kegilaan peminat mereka ini. Perkongsian gambar di Instagram dengan emoticon botol susu sudah cukup memberi gambaran bahawa pasangan ini bakal menimang cahaya mata.

Kini Amyra dinasihatkan berehat selama dua minggu dan tambah Amar, kemungkinan isterinya itu akan berehat seketika daripada bidang lakonan. Pasangan ini berkahwin pada 11 November tahun lalu. (rtky/s)