Restui Hubungan Cinta & Amy Search Maafkan Kekasih Nabila Huda
Mari mulakan hari pertama bekerja di seluruh Malaysia dengan berita baik tentang hubungan Amy Search dan anak perempuan, Nabila Huda yang kini sudah kembali pulih selepas insiden di Instagram beberapa bulan yang lalu.
Melalui Instagram masing masing, dapat kita lihat yang Nabila Huda pulang berhari raya bersama bapanya Amy Search di kampung selain saling bermaafan atas kesilapan masing masing sebelum ini dan paling menarik, kekasih pelakon itu khabarnya turut serta,
BACA: Amy Search Sudah Memaafkan Nabila Huda, Harap Pulang Ke Rumah
Bercakap kepada mStar Online, Amy Search menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang bertanggungjawab kerana sanggup berdepan dengannya memohon maaf atas kesilapan dahulu, selain turut menjernihkan hubungannya dengan Nabila Huda,
“Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya. Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam,” ujarnya.
“Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih”
Amy Search turut menambah yang dugaan yang berlaku sebelum ini merupakan satu pengajaran buat dirinya dan juga Nabila Huda selain berharap kebahagiaan antara mereka berdua kini akan kekal selamanya. Seronok kami lihat mereka berdua ketika ini, begitulah bagus. (rtky/m)
nabila ni bukan apa cuma dia ni bersifat nakal sikit… agaknya memang dia gitu… sifat happy go lucky dan tidak bermaksud nak mengguris hati sesiapa termasuk ayah tercinta nya. setelah melihat gambar2 berhari raya dengan keluarganya di kampung halaman, terserlah hubungan akrab diantara ahli keluarga. Inilah contoh yang terbaik yang ditunjuk oleh nabila kepada umum.. dan kami berdoa nabila terus berbaik baik dengan mak ayahya serta adik2 sekalian dan akan menemu jodohnya dan berpakaian hijab tidak lagi. Insyallah
walau mcm mana pun saya tetap suka nabila biar apa org nak kata dia hhehehehehe
respek ayah seperti amy..terima anak nye walau apa pun kesilapan yg lepas..we all not perfect makes mistakes..
seorang bapa sentiasa mengalah tapi seorang anak tak pernah fikrkan perasaan bapa
this is the beauty of syawal…Syukur Alhamdulillah