Walaupun sehingga ke hari ini, kita hanya mendengar kenyataan dari sebelah pihak Amy Search sahaja berkaitan isu melepaskan marah di Instagram beberapa minggu lalu, nampaknya isu ini tidak akan berpanjangan selepas Amy Search sendiri mengakui sudah memaafkan.

BACA: Amy Search Aku Tulis Sendiri Komen, Hilang Pertimbangan


Dalam temubual bersama Astro Gempak baru baru ini, Amy Search sekali lagi diajukan pertanyaan sama ada Nabila Huda ada menghubunginya untuk bercakap tentang kontroversi itu mahu pun meminta maaf atas kelakuan dirinya.

“Kalau dia tidak hubungi saya (untuk) meminta maaf pun, saya sudah maafkan dia. Saya sentiasa maafkan dia. Saya mahu Abil sedar yang kontroversi yang dicetuskannya akan menyebabkan kariernya terjejas. Saya tidak mahu itu berlaku kerana dia seorang yang berbakat.” ujarnya.

Amy Search menambah yang beliau hanya mahukan yang terbaik buat anaknya itu malah tidak akan sesekali membelakangi kasih sayangnya dek kerana isu sebegini.

“Saya dah lama tak jumpa dia. Kali terakhir pada awal muharam tahun lalu. Kalau saya jumpa pun, hanya anak dia sahaja. Kalau dia mahu ke rumah saya, pintu rumah saya sentiasa terbuka untuknya,” ujar Amy Search lagi. (rtky/m)