fbpx

Amin Idris Tak Gentar Tuntutan Saman RM1 Juta Ustaz Abu Syafiq

Hangat diperkatakan mengenai Ustaz Abu Syafiq, nampaknya muncul pula kontroversi baru diantara pendakwah bebas itu dengan penceramah bebas dan personaliti TV, Amin Idris sehingga didakwa kes itu bakal dibawa ke mahkamah.

Kes tersebut dikatakan bermula berikutan isu status di Facebook Ustaz Abu Syafiq yang didakwa mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Ustaz Ebit Lew, kemudian akaun Facebooknya dinyahaktif kerana dikatakan telah digodam.

BACA: “Saya Tak Akan Mohon Maaf Sebab Saya Tak Buat Salah”

Perkara itu mendapat perhatian Amin Idris yang tampil memberikan teguran di atas tindakan Ustaz Abu Syafiq itu dan rata-rata netizen menyokong dengan apa yang dikatakan oleh Amin Idris.

Bagaimanapun, Amin Idris memaklumkan menerima mesej dari Ustaz Abu Syafiq agar dia memohon maaf secara terbuka. Malah, Amin Idris berkata dia baru menerima surat daripada peguam Abu Syafiq menuntut RM1 juta berserta permohonan maaf.

Menerusi perkongsian di Facebook, Amin Idris berkata menerusi surat tuntutan tersebut peguam Abu Syafiq berkata disebabkan perkongsiannya sebelum ini anak guamnya telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat dan kecaman.

Malah, Amin Idris berkata di beri tempoh 7 hari untuk membuat permohonan maaf dan membayar  RM1 juta kepada ustaz Abu Syafiq.  Tidak gentar dengan tuntuan saman itu, Amin Idris berkata dia tekad untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Terbaru, setelah berbincang dengan peguamnya, Amin Idris berkata dia tidak akan memenuhi tuntutan tersebut dan tekad untuk berlawan dengan pendakwah tersebut mengikut prosedur undang-undang. Dalam pada itu, Amin Idris turut memohon rakyat Malaysia untuk mendoakannya.